Monday, November 4, 2013

Keputusan terkini PRK DUN Sungai Limau 2013

Sumber drpd rakan. Nampaknya walaupun BN mencatatkan peningkatan undi mendadak tapi masih belum dapat menembusi benteng kubu PAS. Pengiraan undi masih dibuat, kita masih harap keputusan memihak BN tidak lama lagi.


Pengiraan pada petang tadi,

1)PDM Batu 16,, Sek Keb Padang Lumat  
Jum pengundi  - 1149 org
BN - 522  / PAS - 627
BN kalah 105 undi.

2)PDM Sungei Limau, Sek Keb Sg Limau
Jum pengundi - 1,305 org
BN - 700 / PAS - 605
BN menang 105 undi.

3)PDM Sungei Kering, Sek Keb Sg Kering
Jum pengundi  - 358 org.
BN - 272 / PAS - 86
BN menang 202 undi.

4) PDM Simpang 3, SRJK (C) Aik Min, Spg 3 Sg Limau.
Jum pengundi : 1242 org
BN : 645 / PAS : 597
BN menang 48 undi.

5)PDM Selengkoh, Sek Keb Hj Kasim Jassin
Jum pengundi  - 1006 org. BN - 601 / PAS - 405
BN menang 195 undi.

6) PDM Kabu 10, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
Jum pengundi  - 1950 org.
BN - 1030 / PAS - 920
BN menang 55 undi.

7)PDM Matang Buloh, Sek. Keb. Permatang Buloh.
Jum pengundi - 1,949 org.
BN 45%(877) / PAS 55%(1071)
PAS menang 10%( 194) undi.
                                 
8)PDM Sungei Dedap, Sek. Keb. Sg. Dedap.  
Jum pengundi  : 2,005 org.
BN 42%(842) / PAS 58%(1162)
PAS menang 16%(320) undi.

9)PDM Gelam 3/Bukit Choras,  Sek. Men. Agama Al-Nadzah.
Jum pengundi  : 2,084 Org.
BN 30%(625) / PAS 70%(1458)
PAS menang 40%(833) undi.

10)PDM Bukit Besar, Sek. Keb. Bukit Besar.
Jum pengundi : 2,359 Org.
BN 40%(943) / PAS 60%(1415).
PAS menang 20%(472) undi.

11)PDM Simpang Tiga Luar, , Sek. Keb. Simpang 3 Sg. Daun.
Jum. pengundi  : 1,548 org.
BN 48%(743) / PAS 52%(804)
PAS menang 5%(61) undi.

12)PDM Sungei Daun, Sek. Keb. Sg. Daun Tengah.
Jum. pengundi  : 1,826 Org.
BN 58%(1059) / PAS 42%(766)
BN menang 16%(293) undi.

13)PDM Sedaka/PDM Ulu Sedaka, Sek. Keb Ulu Sedaka.
Jum. Pengundi - 1546 org
BN 689 /PAS 702
Mati - 6 org.
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 149 org.
PAS menang 13 undi.

14)PDM Dulang Kecil, SMK  Dulang Kechil
Jum Pengundi - 1814 org
BN 1337 / PAS 398 org.
Mati - 0
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 79 org.
BN menang 939 undi

15)PDM Padang Lumat,  SMK Bt 17.
Jum pengundi - 849 org
BN 413 / PAS - 363
Mati - 1
Undi Kelabu/Atas pagar/ Tak dapat dikesan 55
BN menang 50 undi

16)PDM Dulang Besar, SMK Dulang Besar
Jum pengundi - 989 org
BN 759 / PAS - 226
Mati - 4
Undi Kelabu/Atas pagar tak dapat dikesan 0 org.
BN menang 533 undi

17)PDM Kg Titi Batu, SJKC Pei Hwa Bt 17.
Jum pengundi - 1596 org
BN 661 / PAS 735
Mati - 2
Undi Kelabu/Atas pagar / pengundi luar 198 org.
PAS menang 74 undi.
JUMLAH KESELURUHAN.
BN 11876
PAS 10925
Majoriti 951

Terkini PRK Sg. Limau - kempen ganas PAS

Inilah akhlak kepimpinan parti yang kononnya hebat sangatlaph Islam mereka. Tapi akhlak tak macam orang yang waras.

Gambar di bawah menunjukkan seorang wanita petugas jentera BN yang cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dibaling dengan batu bata. Kejadian dipercayai dilakukan oleh ahli PAS yang taksub mungkin oleh orang PAS daripada luar.



Sumber menyatakan ahli PAS tempatan sudah tidak sependapat lagi dengan PAS dari luar kawasan DUN. Ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati mereka terhadap campurtangan DAP yang  mengawal serta menyusun pergerakan kempen PAS sedangkan calon yang bertanding melibatkan kawasan majoriti Melayu dan Islam.

Bagaimana agaknya keadaan sekiranya Pakatan Rakyat jadi pemerintah agaknya.. belum apa-apa lagi telur mereka sudah digenggam oleh cina DAP. Di mana silapnya? Tanyalah pada Mat Sabu...

Saturday, November 2, 2013

PRK Sg. Limau - Undilah selepas melihat paparan ini.

Kemunduran bersama PAS. Senang berjanji dan senang juga meninggalkan janji. Ke mana-mana kempen pun modalnya cuma buruk-burukkan calon lawan.

Janji yang dulunya ditabur semua habis dicuci masa ceramah. Inilah agaknya cara nak menubuhkan sebuah negara Islam dengan undang-undang Islam.

Penyokong partinya taksub suka memaki UMNO. Pemimpinnya pula suka mencarut dan buat sesuatu yang bertentangan dengan Barisan Nasional walaupun terpaksa menongkah arus. Contohnya banyak yang kita lihat pada gambar di bawah.

Akhirnya orang luar kata "inilah orang Islam... "


Membiarkan saja bukan Islam mempergunakan Agama Islam untuk keuntungan politik, sama sekali bukan demi syiar Islam.

Pembangunan dan kenaikan taraf hidup rakyat tidak boleh dibuat dengan air liur. Tetapi berapa ramai pemimpin PAS sanggup berdepan rakyat yang menuntut janji selepas pilihanraya?

Bantuan didiskriminasikan hanya untuk totok PAS sahaja. Yang lain cuma gigit jari. Inilah keadilan cara kepimpinan PAS.

Penipuan yang terang lagi nyata. Mahukah kita biarkan golongan seperti ini memimpin negara serta anak bangsa kita? 

Pilihan di tangan masing-masing. Berhijrahlah sementara masih sempat. Jangan sampai ditipu lagi oleh golongan parti yang sudah biasa dengan pembohongan dan berjanji kosong.

Ulama PAS bagai melukut di tepi gantang

Masih Relevenkah Ulama di dalam kepimpinan PAS?

Apa gunanya Ulama jika nasihat mereka tidak didengari malah ramai ahli PAS mengutuk dan menghina pandangan ulama mereka?

Hanya kerana kuasa, Ahli PAS telah hilang arah !!!

Sumber video: wayangkulitmoden.blogspot.com